Monday, August 5, 2019

PENGENALAN

Dalam surah At-Tiin ini diberitahu bagaimana semua Nabi sebelum Nabi Muhammad mengalami cabaran yang sama kerana di dalam menyampaikan dakwah tauhid adalah sesuatu yang amat berat kerana perlu mengubah akal dan hati manusia. Tapi Allah menjadikan kepada pembawa ajaran tauhid itu bahawa kerja itu akan menjadi semakin mudah. Akan ada manusia yang akan menerima ajakan tauhid itu kerana Allah sudah menjadikan manusia dalam keadaan terbaik dandisebut didalam surah ini.

SEBAB-SEBAB TURUNNYA SURAH

Diriwayat oleh Ibnu Jarir dari Al-Aufi yang bersumber pada Ibnu Abbas, surah At-Tiin turut berkaitan dengan pertanyaan para sahabat tentang balasan amal orang yang sudah lupa. Melalui surah At-Tiin, Allah SWT menegaskan bahawa amal orang yang beriman dan beramal soleh akan sentiasa mengalir pahalanya meskipun orang itu mengalami lupa atau nyanyuk.

AYAT 1

Demi buah Tiin dan Zaitun,

TAFSIRAN AYAT
Ulama tafsir berbeda pendapat sehubungan dengan tafsir surah ini. Ada beberapa pendapat yang cukup banyak dikalangan mereka mengenainya.

Menurut Mujahid dan Hasan, kedua buah-buahan itu diambil menjadi sumpah oleh Tuhan untuk diperhatikan. Buah Tiin diambil sumpah kerana dia buah terkenal untuk dimakan manakala buah zaitun pula dapat ditempa dan diambil minyaknya.

Kata Qatadah :"Tiin adalah nama sebuah bukit di Damaskus dan Zaitun pula adalah nama dari sebuah bukit di Baitul -Maqdis." Tandanya kedua negeri itu penting untuk diperhatikan.

Dan menurut sebuah riwayat pula yang diterima dari Ibnu Abbas,"Tiin adalah masjid yang mula didirikan oleh Nabi Nuh di atas gunung Al-Judi dan Zaitun adalah Baitul-Maqdis.

Menurut sebahagian mufassir ia adalah tempat tinggal Nabi Nuh iaitu Damaskus yang banyak pohon Tiin dan Zaitun adalah Baitul Maqdis yang banyak tumbuh pohon Zaitun. Allah SWT bersumpah dengan kedua pohon itu kerana banyaknya manfaat pada pohon dan buahnya dan kerana biasa tumbuh di negeri Syam, negeri tempat kenabian Isa putera Maryam as.

Al-Qurtubi mengatakan bahawa At-Tiin adalah nama masjid Ashabul Kahfi.


TAFSIR JALALAIN

Keduanya adalah nama buah atau dapat juga keduanya diertikan nama dua buah gunung yang menumbuhkan kedua buah tersebut iaitu buah Tiin dan buah Zaitun.

AYAT 2

Dan Gunung Tursina,


TAFSIRAN AYAT

Ia adalah nama bukit, tempat sewaktu Allah SWT berfirman kepada Nabi Musa. Erti lafal Siiniina ialah yang dibarkahi atau yang baik kerana memiliki banyak pohon yang menghasilkan buah.

Dimanakah Letaknya Bukit Tursina?

Sejumlah ahli tafsir pun berbeda pendapat mengnenai perkara diatas tetapi hampir semua ahli tafsir menyepakati bahawa Bukit Tursina adalah bukit saat Musa menerima wahyu dari Allah. Namun mereka berbeza pendapat dalam memutuskan letak Bukit Tursina tersebut.

Lokasi Pertama
Sejumlah ahli tafsir meyakini bahawa Bukit Tursina sebagaimana yang disebutkan dalam ayat diatas berada di wilayah Mesir yang lokasinya berada di Gunung Munajah, disisi Gunung Musa. Lokasi ini dikaitkan dengan keberadaan Semenanjung Sinai. Pendapat ini di dukung oleh Sayyid Quthb dalam tafsirnya Fi Zhilal al-Quran. Menurut Quthb, Tursina atau Sinai itu adalah gunung tempat Musa dipanggil berdialog dengan Allah SWT.

Dalam versi ini pula, banyak pihak yang meyakini bahawa daerah Mesir adalah tempat yang disebut sebagai Tursina kerana di daerah ini terdapat sebuah patung anak lembu. Peristiwa yang dikaitkan dengan Samiri iaitu salah seorang pengikut Nabi Muasa yang khianat.

Lokasi Kedua
Mengutip pendapat Muhammad bin Abdul Mun'im al-Himyari dalam bukunya Al-Raudh al-Mi'thar fi Khabari al-Aqthar, Syauqi Abu Khalil dalam Atlas Hadis menyatakan bahawa Tursina adalah bukit yang terletak di baratdaya Syam. Disini, Allah SWT berbicara secara langsung dengan nabi Musa as.

Ar-Razi dalam tafsirnya menyebutkan, banyak dalil yang menguatkan pendapat bahawa yang dimaksudkan Thuur Siniin adalah bukit di Baitul Maqdis. Diantara pendapat yang disebutkan Ar-Razi adalah mufassir seperti Qatadah dan al-Kalibi yang menyatakan kata Thuur Siniin adalah bukit yang ada pepohonannya dan berbuah. Apakah ini adalah Sinai, Mesir?" Kalau memang ya, tentu tidak seorang pun yang membantahnya," kata Sami bin Abdullah al-Maghluts dalam bukunya Atlas Sejarah Nabi dan Rasul.

Menurut Sami, justeru yang dimaksudkan dalam ayat itu adalah Tursina, bukit di Baitul Maqdis. ia mengutip ayat berikut,
"Dan pohon kayu yang keluar dari Tursina (pohon zaitun) yang menghasilkan minyak dan menjadi makanan bagi orang-orang yang makan." (Al-Mu'minun [23] :20)

Ayat ini, kata Sami mengikat dan menghimpun dengan kuat antara Tursina dan hasil bumi serta tumbuh-tumbuhan penghasil minyak bagi orang yang makan. Sementara itu, lanjutnya di Sinai (Mesir) tidak adda pohon zaitun yang mampu menghasilkan buah, apalagi untuk mengeluarkan minyak.

Menurut dia, ayat 20 surah Al-Mu'minun [23] dan ayat 1-3 surah At-Tiin itu merujuk pada tanah suci di Palestin. Di Palestin, jelas Sami terdapat banyak pohon zaitun yang terus berproduksi di sepanjang tahun sehingga penduduk sekitar baitul Maqdis menamakannya dengan "Bukit Zaitun) dan Allah SWT telah berseru kepada Musa di tempat yang dibarkahi di sisi bukit.

Hal ini senada diungkapkan oleh Shalahuddin Ibrahim Abu 'Arafah seorang ulama asal Palestin. Menurutnya, Bukit Tursina adalah tempat yang dibarkahi yakni Palestin sebagaimana surah Al-Isra'[17] ayat 1 yang menceritakan peristiwa Isra dan Mi'raj nabi Muhammad SAW.

Lokasi 3
Bukit Tursina adalah bukit yang ada disebelah selatan Nablus (Palestin) atau yang dinamakan Jurzayem. Pendapat ini merujuk pada Bangsa Kan'an yang membangunkan Kota Nublus dan menamakannya Syukaim iaitu nama yang diubah oleh bangsa Ibrani pertama menjadi Syukhaim, tempat tersebarnya kaum Yahudi dari Samiri. Dan mereka adalah kaum yang meyakini lima kitab Perjanjian Lama serta mempercayai bahawa tempat suci Yahudi terletak di Bukit Thur, iaitu sebelah selatan Nablus.
Mount of Olives adalah pergunungan di timur Yerusalem dengan 3 puncak yang membentang dari utara ke selatan. Puncak tertinggi At-Tur (818 meter). Dinamai demikian kerana perkebunan Zaitun yang pernah ada dilerengnya. Bukit ini mempunyai hubungan sejarah dengan agama Yahudi, Kristen dan juga Islam.
Mount of Olives (before 1899)




AYAT 3

Serta negeri (Makkah) yang aman ini,

TAFSIRAN AYAT

Kelebihan Kota Makkah

Nama 
Kota Makkah mempunyai banyak nama. Ini menandakan lebihnya kota mekah terutamanya apabila gelaran yang melambangkan kebaikan dan kehebatan diberikan kepadanya.

Makkah ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan Makkah kepada Tanah Haram Makkah seluruhnya kerana Makkah mengurangkan dan menghapuskan dosa orang yang datang kepadanya atau membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Makkah atau kerana Makkah menghapuskan pemerintahan yang zalim dan menundukkan kesombongan mereka. Seperkara lagi nama kota ini dirakamkan dalam nas al-Quran dan hadis dan sudah pasti ia akan diabadikan di sepanjang zaman kehidupan manusia.

Sejarah

Kota Makkah mempunyai sejarah yang cukup istimewa, antaranya ia merupakan sejarah rumah Allah yang pertama didirikan untuk manusia. Sejarah kehidupan Hajar dan Ismail sebagai manusia yang membuat pembaharuan semula bagi Kota Makkah amatlah unik. Seterusnya catatan kehebatan Makkah berlangsung daripada generasi terdahulu hingga kini.

Karamah

Yang dimaksudkan adalah kemuliaan Allah wujudkan pada Kota Makkah sama ada dinaskan dalam al-Quran dan hadis. Hal ini jelas dengan rakaman firman Allah SWT berkenaan Ashabul Fil.

Tawaran Pahala

Terlalu banyak tawaran pahalanya dan digandakan berbanding tempat lain. Ini terbukti dengan banyak nas seperti solat di Masjidil Haram diberi ganjaran 10,000 berbanding masjid lain. Begitu juga dengan pahala tawaf, umrah hatta melihat Kaabah.

Keistimewaan Makkah
Telaga Zam Zam dimana airnya adalah antara yang terberkat di muka bumi. Mempunyai pelbagai kelebihan dan mengikut niat seseorang yang meminumnya akan diberikan dengan izin Allah. Hal ini dinaskan dalam hadis. Wujudnya tempat-tempat yang ada nilai berbanding dengan yang lain seperti Makam Ibrahim, Hijr Ismail, Hajar Aswad, Multazam dan lain-lain.
Makkah sebagai Tanah Haram. Dalam sebuah riwayat Muslim, menyebut Rasulullah SAW bersabda: Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Kota Makkah : Sesungguhnya Negeri Makkah ini dijadikan Allah SWT sebagai tanah Haram ketika Dia menciptakan langit dan bumi. Mekah ialah tanah haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak dibenarkan berperang di Makkah kepada sesiapa pun sebelumku dan tidak dibenarkan kepadaku kecuali beberapa masa sahaja (pada hari pembukaan Kota Makkah tahun ke 8 Hijrah).

Makkah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak boleh memotong pohon, tidak boleh menangkap binatang pemburuan (yang hidup bebas), tidak boleh mengambil barang tercicir kecuali mereka yang mahu mengumumkannya kepada orang ramai dan tidak boleh mengerat rumput di Makkah. Kata al-Abbas (bapa saudara Rasulullah):"Kecuali Izkhir (sejenis tumbuhan yang harum baunya) untuk dibuat bahan bakar kepada tukang besi dan dibuat atap rumah.Jawab Rasulullah SAW :" Kecuali Izkhir."

Tidak dimasuki Dajjal. Hal ini berdasarkan hadis dalam Sahih Bukhari Rasulullah SAW bersabda : Semua negeri akan dimasuki oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah, semua jalan masuk dikawal oleh para malaikat yang berbaris-baris, kemudian Madinah akan bergoncang sebanyak tiga kali. Dan Allah SWT akan mengeluarkan semua orang kafir dan munafik darinya.

Mendapat Keamanan. Ini kerana telah diisytiharkan Allah SWT. Al-Maghari berkata seluruh bangsa Arab sepakat untuk menghormati dan memuliakan Baitullah ini. sesiapa yang masuk ke dalamnya pasti berasa aman daripada gangguan penganiayaan orang lain, pembunuhan atau pelanggaran kehormatannya, selama mereka berada didalamnya. Amalan kebiasaan ini telah berjalan sejak zaman jahiliah lagi.

Melakukan Ibadah Sunat Sepanjang Masa. Walaupun ia tidak disepakati oleh para ulama tetapi mengikut mazhab Syafie dan Hambali ia boleh dilakukan solat sunat dan tawaf pada bila-bila masa. Tetapi mengikut mazhab Hanafi dan Malik hukum Makkah sama seperti ditempat lain tanpa bezanya ini berdasarkan kepada perbuatan Saidina Umar.

Kaabah. Ia adalah Baitullah al-Haram dan kiblat umat Islam. Berkenaan dengan kelebihannya tiada syaknya lagi berdasarkan nas al-Quran yang bermaksud : Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah sebagai tempat ibadah yang berada di Makkah yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.



AYAT 4

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

TAFSIRAN AYAT

Ayat diatas seharusnya menjadi renungan buat kita. Sungguh kenyataannya terpampang di hadapan mata. Alangkah sempurna penciptaannya dan alangkah indahnya. lalu pernahkah kita memikirkan dari mana kita diciptakan dan bagaimana tahap-tahap ciptaannya?

Allah telah menciptakan manusia dalam bentuk yang paling sempurna, tegak, lengkap dengan akal dan fikirannya. Demikian pendapat Ibnu Abbas, Mujahis dan Qatadah. Adapula yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan adalah sisi ruhani manusia dan bukan fizikalnya. Dengan sisi rohani, manusia diperintahkan untuk beribadah dan mencapai tingkatan yang mulia.

Allah yang Maha Agung telah mengangkat manusia menjadi makhluk yang mulia dan memberi gelaran yang terbaik. Pangkat terbaik dan mengatasi gelaran atau pangkat yang diberikan oleh manusia. Pangkat dan gelaran terbaik itu selain para Nabi dan Rasul adalah muslim dan kemuliaan yang paling mulia adalah manusia yang paling bertaqwa disisi Allah yang Maha Agung.

AYAT 5

Kemudian ( jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,

TAFSIRAN AYAT




Pertama, setelah Allah menciptakannya dengan fizikal yang sempurna dan tegak, manusia akan dikembalikan pada tahap fisikal yang paling rendah. Manusia akan menjadi tua, bongkok, lemah hingga akhirnya mati.

Kedua, setelah manusia diciptakan dengan sempurna, lalu dia dibekali dengan akal, fikiran, fitrah bahkan Allah menurunkan agama sebagai pedoman, Allah akan mengembalikan manusia pada kedudukan yang paling rendah iaitu neraka disebabkan kekufuran mereka.

Ketiga, setelah manusia (Adam) diciptakan dengan sempurna, lalu ditempatkan di tempat yang tertinggi (syurga), Allah turunkan ke tempat terendah (bumi) setelah Adam melanggar larangan Allah.

Lumrah kehidupan manusia, apabila senang ia mudah lupa akan tetapi apabila kesusahan melanda baru ingat Tuhan. Perbanyakkan berdoa semoga Allah ampunkan dosa-dosa ku.

AYAT 6

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

TAFSIRAN AYAT

Ibnu Qutaibah mengatakan, "Makna firman Allah yang artinya "Kecuali orang-orang yang beriman" adalah kecuali orang-orang yang beriman di waktu mudanya, disaat keadaan kuat (semangat) untuk beramal, maka mereka diwaktu tuanya nanti tidaklah berkurang amalan mereka. Walaupun mereka tidak mampu melakukan amalan ketaatan disaat usia senja. Kerana Allah Ta'ala Maha Mengetahui, seandainya mereka masih diberi kekuatan beramal sebagaimana waktu mudanya, maka mereka tidak akan berhenti dan berbuat kebaikan. Maka orang yang gemar beramal diwaktu mudanya, dia akan diberi ganjaran sebagaimana waktu mudanya.
Jika seseorang sulit beramal diwaktu tua padahal waktu mudanya gemar beramal, maka ia tetap dicatat seperti keadaannya diwaktu muda. Sama halnya keadaan seperti orang sakit dan bersafar. Dalam hadis Abu Musa, Rasulullah SAW bersabda;

إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

"Jika seorang hamba sakit atau bersafar, maka dicatat baginya semisal keadaan ketika ia beramal saat mukin atau sihat."
(HR Bukhari 2996)

Berlindung Dari Keadaan Buruk Di Waktu Tua

Jadi semasa usia muda adalah masa yang penuh semangat untuk beribadah. Oleh kerana itu manfaatkanlah dengan sebaik-baiknya. Janganlah disia-siakan. Mintalah juga perlindungan kepada Allah dari usia tua yang buruk sebagaimana doa yang Nabi Muhammad SAW contohkan. Anas Bin Malik ra berkata Rasulullah SAW biasa meminta perlindungan dengan doa;

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَرَمِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ

"Allahumma inni a'udzu bika minal kasl, wa a'udzu bika minal jubn, wa a'a'udzi bika minal harom, wa a'udzu bika minal bukhl"

Artinya : "Ya Allah, aku meminta perlindungan pada Mu dari rasa malas, aku meminta perlindungan pada Mu dari lemahnya hati, aku meminta perlindungan pada Mu dari usia tua (yang sulit beramal) dan aku meminta perlindungan pada Mu dari sifat kedekut."
(HR Bukhari 6371)

Amal Jariah Yang Pahalanya Berterusan Walupun Pelakunya Sudah Meninggal Dunia