Monday, August 5, 2019

AYAT 1

Demi buah Tiin dan Zaitun,

TAFSIRAN AYAT
Ulama tafsir berbeda pendapat sehubungan dengan tafsir surah ini. Ada beberapa pendapat yang cukup banyak dikalangan mereka mengenainya.

Menurut Mujahid dan Hasan, kedua buah-buahan itu diambil menjadi sumpah oleh Tuhan untuk diperhatikan. Buah Tiin diambil sumpah kerana dia buah terkenal untuk dimakan manakala buah zaitun pula dapat ditempa dan diambil minyaknya.

Kata Qatadah :"Tiin adalah nama sebuah bukit di Damaskus dan Zaitun pula adalah nama dari sebuah bukit di Baitul -Maqdis." Tandanya kedua negeri itu penting untuk diperhatikan.

Dan menurut sebuah riwayat pula yang diterima dari Ibnu Abbas,"Tiin adalah masjid yang mula didirikan oleh Nabi Nuh di atas gunung Al-Judi dan Zaitun adalah Baitul-Maqdis.

Menurut sebahagian mufassir ia adalah tempat tinggal Nabi Nuh iaitu Damaskus yang banyak pohon Tiin dan Zaitun adalah Baitul Maqdis yang banyak tumbuh pohon Zaitun. Allah SWT bersumpah dengan kedua pohon itu kerana banyaknya manfaat pada pohon dan buahnya dan kerana biasa tumbuh di negeri Syam, negeri tempat kenabian Isa putera Maryam as.

Al-Qurtubi mengatakan bahawa At-Tiin adalah nama masjid Ashabul Kahfi.


TAFSIR JALALAIN

Keduanya adalah nama buah atau dapat juga keduanya diertikan nama dua buah gunung yang menumbuhkan kedua buah tersebut iaitu buah Tiin dan buah Zaitun.

No comments:

Post a Comment